Tentang buku ini
Sinopsis
Kerana sebahagian jalan ke syurga ada pada manusia.
Menjadi Muslim bukan sekadar belajar tentang ibadah, tetapi juga belajar menjadi manusia. Manusia yang menjaga hubungan dengan Allah, menghormati sesama insan, menyayangi haiwan, memelihara alam dan berakhlak mulia dalam setiap tutur kata serta tindakan.
Belajar Menjadi Manusia, yang diinspirasikan daripada kitab Fiqh Interaksi Sesama Manusia, mengupas adab dan panduan berinteraksi menurut al-Quran dan al-Sunnah. Melalui huraian yang ringkas, dalil yang sahih dan contoh yang dekat dengan kehidupan, buku ini mengajak pembaca menghidupkan semula nilai kasih sayang, keadilan, ihsan dan tanggungjawab dalam setiap hubungan.
Kerana agama bukan sekadar terlihat di atas sejadah, tetapi terpancar dalam cara kita bercakap, melayan, memaafkan dan menghargai setiap makhluk ciptaan Allah. Menjadi hamba yang baik bermula dengan belajar menjadi manusia yang baik.
Kata pembeli
Ulasan
Belum ada ulasan.
Ulasan dibuka kepada pembeli yang telah menerima buku ini.
Tazkirah