"Rohingya, Bangsa Yang Terjajah"
"Rohingya, Bangsa Yang Terjajah"
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t kami pihak "Dar Taibah" dan "Lajnah Ballighu 'Anni" dapat menerbitkan buku "Rohingya, Bangsa Yang Terjajah", dengan izin dari penulis dan penerbit asalnya iaitu sahabat saya, Al-Fadhil Bapa Dr. Agus Hasan Bashori dari Indonesia.
Tujuan penerbitan ini adalah kerana saudara muslim kita bangsa Rohingya kurang mendapat liputan dan pendedahan yang sewajarnya. Maka ianya untuk lebih memperkenalkan mereka ini kepada masyarakat, sejarah, asal-usul dan dimanakah kedudukan dan status mereka di dalam negara Burma atau Myanmar hari ini.
Tanggungjawab ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t:
{ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ } [الحجرات : 10]
{Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.} [Al-Hujurat: 10].
Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD,
5 Rabi'ul Awwal 1437H/ 5 Disember2016.

